gmoxxs

Name : zam@gmoXxs
email:gmoxxs@yahoo.com
phone: +60122618947
Company: creative nature resources
web: http://gcnature.fotopages.com http://gmoxxs.fotopages.com http://thebeauty.fotopages.com
Who am I?? I'm just a simple guy who had passion in photos and writing.. orang yang suka ngomel and cepat bosan dengan normal daily routine.. Luv to try and explore new things.. jangan setakat dok kat save zone only.. try to grab watever oppurtunity. Person that have a passion to upgrade my self...Apa yang aku pantangkan... hmmmm... obviously when people critics on me... backstabber... talk more than action and seangkatan dengannya...aku jugak tak suka org yang tak punctual and buat keja dengan tak bersungguh.. you must have passion on what you doing..
You all can email me at: gmoxxs@yahoo.com
gmoxxs@gmail.com
   

<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30






DSC_0715



[ m Y f O t O p A g E s ]



C R e a T i v E N a T u R e fp




Email me







my s p a c e



my F r i e n d s t e r

Click here to join civil_plk_07
Click to join civil_plk_07

2nd gathering a

D I S C L A I M E R: Bahan-bahan bacaan di dalam ini sekadar untuk renungan dan simpanan aku sendiri.. takder sapa pun yang dimaksudkan dengan penulisan dalam blog ini. Sekadar luahan dan catatan peribadi aku sahaja. Kepada mana-mana bacaan yang sama dan gambar yang tercatat atau terpamer kat sini, adalah kerana aku terlalu mengagumi gambar dan catatan dari anda semua. Semoga dengan itu dapat dijadikan bahan bacaan bersama kita.. Terima Kasih..


gmoXxs favourite media
RnB playlist




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, June 23, 2008
Bila wedding orang..jadik outdoor kami...

 

Model-model budak budak tua yang sekolah... hahahahhaaaa....

 

 

Sori... picture termahal hari tuh..

 

Sebelum aku start.. korang jawab dulu apa soklan aku ni….

 

Apakah motifnya kalo gi kenduri orang tapi gambar pengantin nyer only 4/170 pcs pict??

Apa motifnya lagi kalo gambar aku tak banyak…?

Apa motif kalo aku tetiba jadik photographer hari tu??

Sapa plak nak bayar fees aku??

 

Cuba korang jawab dulu soklan aku tu sebelum proceed tengok gambar2 ni… huhuhhuuu…

 

Firstly… selamat pengantin baru kat Wawa and partnernya Tiger…

 

 

 

 

Wawa ni classmate aku skang kat UiTM and tiger ni plak ex classmate aku time diploma dulu. Dia ni sepupu ngan abu..jugak ex classmate aku time diploma dulu..

 

Actually.. aku tak plan pun nak mengadakan sesi ngambik gambar ni.. tapi.. dah bila kesengalan kawan2 aku ni muncul.. gini la jadiknya.. tak ke meyengalkan keadaan.. huhuu..

 

Tapi.. yang tak bestnya.. Mummy tak der masa tu sebab dia ada job make up kat Bangi… I miss my mummy that day…

 

Anyway.. aku presentkan pada korang.. KESENGALAN budak PLK 2007 kat viewers… kalo aksi terover tu..korang maafkan je laaaaa… huhuhu..

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted at 06:02 am by gmoxxs
Comment (1)  

Sunday, June 22, 2008
Permintaan Hati-Letto

One of my favourite songs this month... memula tu takder la suka sangat.. tapi lelama... tu la baru tau... hamek ko..

Currently, aku kat Seremban ni.. kat rumah IbuAyah mertuakuk.. hehehhee.. kata pun menantu mithali.. mana mau dapat menantu cam aku.. habaq mai sikit..

___________________________

 

Download the song HERE


Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam
Keindahan penantian

Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu


Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu


Posted at 05:25 pm by gmoxxs
Make a comment  

Saturday, June 21, 2008
Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insya-allah. .."

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab

'DATANG BEKERJA'
 tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita
BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.  

3. Adakala kita rasa kita
PRIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita
OPENMINDED  and OUTSPOKEN  tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.  

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran
KRITIS  rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK  yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi
LEBIH MESRA  tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya
'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk
  itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

 "mengkritik tidak bererti menentang,  

menyetujui tidak semestinya menyokong,  

menegur tidak bermakna membenci,  

dan  berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"


Posted at 01:58 am by gmoxxs
Make a comment  

Friday, June 20, 2008
Apa ada pada masjid....

One of the construction and building yang aku selalu excited and teruja betul nak tengok is Masjid.. tak kira la kt mana sekalipun masjid tu.. aku tetap nak menatap and kalau boleh nak gi kat setiap inci masjid tu..

Pada aku, constructing of masjid such an amazing work and job..

This masjid is located kat Puchong Kinrara.. tempat semayang jumaat aku skang.. aku memang kagum la each time bila aku tengok dome and interior of the masjid.. detail and architect so impress..

Aku memang sangat berhajat kalau ada rezeki untuk melawat MasjidilHaram and Masjid Nabawi. Mesti aku lgi berkali-kali ganda kagum ngan design tu… Tapi.. bila lah kesempatan tu akan datang.. hmmmm…


Posted at 10:00 pm by gmoxxs
Make a comment  

Thursday, June 19, 2008
LONG KHONG 2 – Perbuatan Sihir 2

Panor (Napakpapah Nakprasit), a beautiful and seductive teacher, longs to live a normal, peaceful life like everyone else in her village. But her beauty becomes her biggest curse when both her male colleagues and students resort to a variety of black arts and love potions in an attempt to win her favour. Things take a sinister turn when a Thai family is forced to chase her soul away to use her body in order to bring a loved one back from the dead. Their plans are sent into disarray when Panor's soul seeks revenge on the family and a man who is obsessed with black magic sets out to hunt the biggest prize of all: the Three-Eyed Devil that lives within Panor.

___________________________

Korang bayangkan tengok wayang kat row 2 (B) kat TGV..Mau mendongak aku.. tak gitu..Hmm.. nak wat camner.. tengok hari rabu kan..Tiket RM6.00.Murah dan terpaksa la dok depan.. Lagi pulak, TGV provide small cinema only for Long Khong. Rasanya sebab dah 2nd week kot citer ni.

Back to the story.. Actually.. Long Khong ni is pre-sequel of Loh Kong 1.. and kepada sesapa yang tengok Long Khong 1, macammana Ta entertain kawan2 from his college..sampaikan dorang kena bunuh one by one… And how and why its happen??? Kena tengok Long Khong 2.. sebab itu adalah punca kenapa perempuan tu sangat bengang ngan Ta..

 

Sebagai penonton yang bukannya expert sangat pasal movie, aku bagi 3/5 rate to this movie..Kira ok aper.. tu pun mujur kan.. daripada aku bagi 2/5 je.. hehehehee.. kenapa aku bagi 3/5 je… haaa… korang baca next kat bawah ni..

Yang Jelek:

1.       Gambar banyak sangat NOISE.. mungkin sebab nak menbangkitkan perasaan takut tu.. that’s why..

2.       Takkan la makcik and pakcik Ta tu sentiasa muda even dah 13 tahun from Ta kecik, sampai habis belajar.. agak tak lojik kan..

3.       Make up for hantu du Nampak sangat fake… memang dah sah-sah la pakai compact powder cap ayam je… Nampak sangat bertempek..

4.       Hantu tu stereotype sangat.. mesti ke hantu kena keluar darah and meleleh kat mulut.. yarkkkksssss……..

5.       Watak roh mak dia tak lojik.. kata sayang kat anak and family, takkan la roh tu biarkan je anak and family dia kena sihir ngan pompuan tu

Yang best:

1.       Pelakon pompuan tu punya expression.. memang la dia pompuan jahat yang menyihirkan tapi.. expression dia tak Nampak jahat..just very mysterious je.. tu yang buat suspen tu..

2.       Part perut berulat tu.. serious menjadi gila… nak termuntah aku ngan Mmy tengok.. memang real gile..

3.       Time pompuan tu cucuk pin kat mata atuk Ta… huaaaaarrrrrrrrr… gila takut wooooooooo……. Aku tak berani tengok….

4.       Semua saddis and gerun scene sgt2 scary and superb..tapi memang aku pandang hujung mata je..gila takut woooo…

Memula Nampak iklan kat TV pasal citer Long Khong ni, takder la aku nak tengok sangat.. tapi.. tetiba aku nak tengok plak..tu yang terus book tiket, tapi habis la pulak.. Memula memang la janji ngan Irze nak g tengok sesame, but, since summit USJ agak jauh ngan umah kami, so.kitorang terpaksa la split tengok sindiri2.. tak tau la either irze dah tengok or belum.. sian makcik tu.. sabor aje la irze…

Pada aku.. overall aku suka ngan Long Khong ni..and if ada la Long Khong 3, memang selamba je aku gi tengok tanpa piker panjang.. so korang..apa lagi..gi la nonton.. berbaloi.. but for those yang geli nengok darah…  bersiap sedia laaa… sebab anda akan termuntah kelak..hahahahahaaa..(gelak ala2 hantu neh..hehehhehehe)


Posted at 12:43 am by gmoxxs
Make a comment  

Wednesday, June 18, 2008
Pict Courtesy by Oddeng

Disebab kan ada few problem yang tak dapat dielakkan.. maka 2nd photographer are the main photographer for that day.. jgn salah tanggap.. bukan gmoxxs taknak buat job ni. tapi sebab dorang dah deal ngan my 2nd man.. so.. its better oddeng yang take over.. at least its a learning lesson for him... take a picture not only snap the button.. but how you get into the mood and create the idea... thats yang membezakan each photographer.. even we are from the same company... but we still got our different touch.. so.. korang evaluate sendiri..

Actually..time job ni.. gmoxxs tak available.. and thats why my 2nd photographer took place... beside... boleh oddeng jenguk kampung halaman dia kat benta tu..


Tak banyak yang boleh di displaykan atas sebab-sebab yang tidak mengizinkan.. so only a few pict can be expose...

Anyway.. hope you guys enjoy it..


Sebab tu orang cakap.. kenapa mahal sangat charge seorang photographer.... hmmm.. korang sebagai customer.. korang pikirla kenapa... kenapa sampai ada yang sanggup bayar for RM 5,000 for their event... even Ning Baizaura pun RM 33,000 for photographer only..just imagine...

Posted at 10:34 am by gmoxxs
Make a comment  

Tuesday, June 17, 2008
House Warming Boyot...


Ada orang tu siap tepon and sound gmoxxs apsal gambar house warming dia takder dlm my blog ni... Ala.. sori la boyot.. sejek bila plak ko jadik gila glamer cam aku ni.. ish.. kang terover shadow aku plak..

Akceli.. byk jugak gambar yang Mmy snap masa kat umah boyot.. sebab aku sedang asyik meneliti struktur and rekabentuk umah boyot ni.. ngan ID and kitchen kabinet yang kelasssss tu.. (aku puji ni.. ko jgn lupa jemput aku lagi).. Boyot beli Kondo RM 180k kat Puchong.. banyak duit mamat ni.. ala.. gaji 5k sebulan.. apa mau cerita lagi kan.. setakat 1k sebulan untuk rumah.. celah gigi je beb..


Back to Diploma time... Boyot ni one of my friend Civil Engineering course.. memula, aku memang tak ngan mamat ni..cam bagus je.. lahanet betul..

Tetiba.. aku ter"baik" plak.. ntahapa2 ntah... tu laa.. orang cakap.. jgn tak suka orang.. kan dah jadik member..


Boyot ni dulu.. memang agak mem"boyot" laa.... tapi skang.. aku tengok agak ter "macho" la plak.... tu yang tetiba berhajat nak tambah sorang lagi.. apa.. nak kena flying kick ngan fizan ke... cuba la kalo berani.. hahahahaaa.. boyot ni muda2 dah kena darah tinggi.. sabor la boyot.. at least ada hikmahnya.. berenti rokok.. slim.. lengkap package tu.. tapi ko jgn perasan.. sebab aku tetap lagi macho dari ko... hahahahahaaa...

Jangan marah ye bro.. kalo marah..ko terjun je kondo ko tu..  hahahhahaa


Posted at 12:46 am by gmoxxs
Make a comment  

Monday, June 16, 2008
Last Sunday

Last Sunday… memang dalam kepala ni ingat nak bersantai je… letih jugak travel semalam.. even bukan kita yang drive.. tapi terasa jugak la keletihan dalam jantung ni (alamak.. sampai ke jantung letih nyer.. heheheee..

Mummy plak, aku nengok..letih tahap gaban la katakan. Mana tak nyer.. sabtu pagi dia gi make up pengantin kat Damansara..  then petang dia gi plak make up and hair do kat PWTC untuk usherer of Sweet Charity Fathers day Concert.(semakin berkembang and mantap la portfolio http://thebeauty.fotopages.com)

Disebabkan factor tersebut..kitorang nak decide untuk melepak and tido je hari ni… pagi2 bangun.. mmy Tanya nak mkn mende..so..aku Tanya balik.. ada apa dlm fridge..jawapannya..NOTHING.. hmm… so..kitorang pun makanla.. Cokodok ikan bilis..layan jugak.. sebab dah lama tak pekena cokodok… Then.. kitorang tengok TV and terlelap..

Tiba-tiba.. telepon bordering.. Abg Sham di talian.. haaa..  menggelabah kitorang bila dia cakap nak datang.. bukan tak bagi mai.. but..its nothing that can be ate kat umah ni..kelam kelibut dibuatnya.. time tu..aku memang tengah mamai lagi masa dia cakap ngan Mummy nak datang tu.. so.. dengan selambanya aku jawab laaa.. kita oder je pizza hut… memang aku berhajat nak makan pizza hari ni.. at least ada sebab jugak la nak makan kan..

So..kitorang oder Star Pizza with Sausage, regular pizza, lasagna and mushroom soup.. all total RM 71.30… pergh.. meleleh jugak la nak bayar..

Jadi.. dengan ini..kami nak mengingatkan sekali lagi kepada sesapa yg nak menyinggahkan diri anda ke teratak kami yang ditingkat 4, shah ala mini.. silalah call dulu one day in advance.. bukan setakat nak confirm kitorang ada or tak.. tapi jugak kena kesiankan kitorang dalam standby makanan.. tengah ada ongkosnya boleh laaa.. time tengah kering.. tak ke parak… lain la deliver boy boleh bawak mesin swipe.. boleh jugak pay by credit card dulu… hehehee..

So.. sempena abg shm mai umah.. lagi sekali Khaleeda enter frame.. hehehee…kali ni khaleeda dah mesra and kenal orang dah.. takder la sombong sangat cam dulu..


Posted at 09:54 pm by gmoxxs
Comments (2)  

Saturday, June 14, 2008
TORON dah bergigi???


Perasaan nak gi wedding Toron ni sangat meluap-luap… tak tau la naper… ish..ish.. mungkin sebab nak tengok gigi dia kot..heheheheee…

 





Toron dah bergigi.. tu la tag line aku nak bagi untuk story ni…menyorot kembali kisah kitorang.. hmmm.. its been 7 years ago.. time tu final year Diploma UiTM Shah Alam.. Toron, cepoi, oddeng and aku adalah antara yang repeat or extend sem…Memang dah takder budak lain dah… sebab most of them grad time part 7, but kitorang part 8.. tak sengaja maaaaa…

 

Tapi malang kat Toron.. sebab dia memang sebenarnya tak layak dah nak pursue dip tu.. sebab ada paper yang dah F3…paper apa aku dah lupa laaa..

 

By the time dia tahu yang dai dah tak boleh diselamatkan lagi kat UiTM, dia memang frust gila.. baru la menyesal seba tak buat elok2… tapi.. nak cakap camner.. so.. that’s the last time I saw him… Until..




 

14 Jun 2008

 

After 7 years.. we met again… memang teruja gila bila dengar Toron nak kawen.. soklan pertama lepas dia invite kitorang is… TORON…KO DAH ADA GIGI KE?? Cis lahanet… mulut tak berinsuran.. heheheheh.. Toron ni dulu takder gigi depan lepas accident.. but now.. tengok laa.a.. agak macho laaa.. termakbul la hasrat dia nak jadik normal and macam idola dia… Norman hakim… hahahahahaaa..

 

Bila bersembang balik kitorang..mesti teringat kisah lama punya..So.. Toron finally admit tahat dia menyesal dengan apa yang pernah dia buat masa kat UiTM dulu.. tapi.. if dia pursue jugak..belum tentu dia jadik cam sekarang…

 

Lepas dia kena dismissed.. dia apply masuk ALAM.. then ALAM hantar dia buat diploma kat UTM sekudai.. lepas grad.. dia keja ngan NAVY.. ALhamdulillah.. Toron as contoh mereka yang bangkit from kegagalan.. Means.. kalo kita gagal.. kita jadikkan kegagalan tu as pemangkin masa depan…

 

Aku doakan.. ko bahagia and jadik bapak yang baik.. jangan buat perkara lama lagi..

 


Posted at 10:50 am by gmoxxs
Comment (1)  

Friday, June 13, 2008
Mengingati NABI MUHAMMAD S.A.W. - RASUL ALLAH YG TERAKHIR!

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi
yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh
Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas
semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan
asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas
sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg
mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbe lah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut
menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua
bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga
besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak
kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran
coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan orang
ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a..w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik
contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...untuk
mengingatkan kita...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani
ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya
baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu,
Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagi an demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah
yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata
Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut
datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak
ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang
sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih
Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di
hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu
ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril
lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawa
tir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada
di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail
melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan
Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk
semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku,
hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat
pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah
direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah
mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat
nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan
pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah
tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat
aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di
antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat
saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali
kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai
kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad
wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..
amalkan memberi salam dan selawat ke atas junjungan kita.. Cintailah
Rasullullah saw '

Untuk peringatan:-

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran
untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya
mencintai kita.
Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang
menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah, karena
tiada lagi yang
mengasihani mu di akhirat kelak. .

Posted at 12:00 am by gmoxxs
Make a comment  

Next Page