gmoxxs
Name : zam@gmoXxs
email:gmoxxs@yahoo.com
phone:
+60122618947
Company:
creative nature resources
web:
http://gcnature.fotopages.com
http://gmoxxs.fotopages.com
http://thebeauty.fotopages.com
Who am I?? I'm just a simple guy who had passion in photos and writing.. orang yang suka ngomel and cepat bosan dengan normal daily routine.. Luv to try and explore new things.. jangan setakat dok kat save zone only.. try to grab watever oppurtunity. Person that have a passion to upgrade my self...Apa yang aku pantangkan... hmmmm... obviously when people critics on me... backstabber... talk more than action and seangkatan dengannya...aku jugak tak suka org yang tak punctual and buat keja dengan tak bersungguh.. you must have passion on what you doing..
You all can email me at:
gmoxxs@yahoo.com
gmoxxs@gmail.com
|
|
|
 |
|
Saturday, June 14, 2008

Perasaan nak gi wedding Toron ni
sangat meluap-luap… tak tau la naper… ish..ish.. mungkin sebab nak tengok gigi
dia kot..heheheheee…
 



Toron dah bergigi.. tu la tag line
aku nak bagi untuk story ni…menyorot kembali kisah kitorang.. hmmm.. its been 7
years ago.. time tu final year Diploma UiTM Shah Alam.. Toron, cepoi, oddeng
and aku adalah antara yang repeat or extend sem…Memang dah takder budak lain
dah… sebab most of them grad time part 7, but kitorang part 8.. tak sengaja
maaaaa…

Tapi malang kat Toron.. sebab dia memang
sebenarnya tak layak dah nak pursue dip tu.. sebab ada paper yang dah F3…paper
apa aku dah lupa laaa..
By the time dia tahu yang dai dah
tak boleh diselamatkan lagi kat UiTM, dia memang frust gila.. baru la menyesal
seba tak buat elok2… tapi.. nak cakap camner.. so.. that’s the last time I saw
him… Until.. 


14 Jun 2008
After 7 years.. we met again… memang
teruja gila bila dengar Toron nak kawen.. soklan pertama lepas dia invite kitorang
is… TORON…KO DAH ADA
GIGI KE?? Cis lahanet… mulut tak berinsuran.. heheheheh.. Toron ni dulu takder gigi
depan lepas accident.. but now.. tengok laa.a.. agak macho laaa.. termakbul la hasrat
dia nak jadik normal and macam idola dia… Norman hakim… hahahahahaaa..
Bila bersembang balik kitorang..mesti
teringat kisah lama punya..So.. Toron finally admit tahat dia menyesal dengan apa
yang pernah dia buat masa kat UiTM dulu.. tapi.. if dia pursue jugak..belum
tentu dia jadik cam sekarang…
Lepas dia kena dismissed.. dia
apply masuk ALAM.. then ALAM hantar dia buat diploma kat UTM sekudai.. lepas
grad.. dia keja ngan NAVY.. ALhamdulillah.. Toron as contoh mereka yang bangkit
from kegagalan.. Means.. kalo kita gagal.. kita jadikkan kegagalan tu as
pemangkin masa depan…
Aku doakan.. ko bahagia and jadik
bapak yang baik.. jangan buat perkara lama lagi..

Posted at 10:50 am by gmoxxs
Permalink
Friday, June 13, 2008
Mengingati NABI MUHAMMAD S.A.W. - RASUL ALLAH YG TERAKHIR!
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah : - Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. - Aku melihat cahaya dari lidahnya.. - Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. - Rasulullah umpama matahari yang bersinar. - Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. - Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama. - Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. - Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. -
Wajahnya seperti bulan purnama. - Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya. - Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. - Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang. - Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. - Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. - Mulut baginda sederhana luas dan cantik. - Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. - Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. - Janggutnya penuh dan tebal menawan. - Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. - Warna lehernya putih seperti perak sangat indah. - Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. - Rambutnya sedikit ikal. - Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi. - Rambutnya terbe lah di tengah. - Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. - Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. - Seimbang antara kedua bahunya. - Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. - Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. - Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. - Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. - Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. - Warna putihnya lebih banyak. - Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. - Warna kulitnya putih tapi sihat. - Kulitnya putih lagi bercahaya. - Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. - Badannya tidak
gemuk. - Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran sederhana lagi kacak. - Perutnya tidak buncit. - Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA : Nabi Muhammad s.a..w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...untuk mengingatkan kita...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu
dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagi an demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawa tir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.. amalkan memberi salam dan selawat ke atas junjungan kita.. Cintailah Rasullullah saw '
Untuk peringatan:-
Kirimkan kepada
sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...
Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah, karena tiada lagi yang mengasihani mu di akhirat kelak. .
Posted at 12:00 am by gmoxxs
Permalink
Thursday, June 12, 2008
Tak sabar sebenarnya nak share gambar yang kitorang amek sepanjang kat Langkawi.. hehehehee.. sakan betol.. more than 600 pcs gambar yang kitorang snap kat sana..
Sekarang tengah pening pilih gambar to be printed.. macam nak print sume.. tapi.. tengok poket cam kempes je...

Anyway.. amek mood dulu dengan tengok gambar ni.. hehehehe.. satu keseronokan untuk kami berdua.. sayang Mummy..
Posted at 07:30 am by gmoxxs
Permalink
Posted at 06:05 am by gmoxxs
Permalink
Wednesday, June 11, 2008
Kenali diri mengikut jenis darah
Menurut salah sebuah institut di
Jepun, kajian yang dilakukan ke atas
jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu
memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.
Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-
kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan!
berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara
sekalipun. Ada
kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang
agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan
sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar
tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih
selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah
individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa
jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu
lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah
individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk
meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok
golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun
ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta
bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan
sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus
ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara
bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan
biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
Posted at 05:19 am by gmoxxs
Permalink
Tuesday, June 10, 2008
 Haziq.. ni la anak En Din kita.. ketua kelas kat UiTM tu laaa...Wat a kids.. kecik2 dah tak berapa sihat... pray the best for you haziq... Bak abg Pecet sket pipi kamuk tu.. (abg ke??? statement tak hengat)
Posted at 10:52 am by gmoxxs
Permalink
Monday, June 09, 2008

Dah lama jugak gamabar ni PC aku..
sehari-sehari aku nak upload.. tapi cam tak sempat je… so.. sempena aku tak
sempat nak mengupdate blog ni for this few days (almaklumlah.. honeymoon lagi)
aku display la gambar ni untuk korang.. mana tau korang rindu kat aku..
hehehhehehe.. sempat aje.. lahanet betol… 
 For those yang tak tahu... tempat makan yang aku display tu. is Kemaman Kopitiam.. one of the top kopitiam kat Kuantan.. memang sedap.. and selalu jadik transit place for selebriti/those who goin to kuantan.. even Dato' Siti and Datuk seri K pun datang.. tengku mahkota pun lepak situ... korang gi la singgah kat cawangan2 dorang..kat IOI Mall puchong pun ada.. korang jangan lupa oder Mee Kari dorang.. memang sLrpppp..




Aku shoot gambar kat umah kayu tu..
kat Bukit Kuin .. yang jadik tukang amek gambar bidan terjun.. tak lain dan tak
bukan.. ALONG laaa..
Walopun tak superb mana.. boleh di
bagik credit laaaaa…. Hehehhehee… 






Learn to appreciate what you have is better to search domething that you're not sure what will happen.. luv and trust yourself... they keys to thru success
Posted at 08:51 am by gmoxxs
Permalink
Sunday, June 08, 2008
Posted at 12:00 am by gmoxxs
Permalink
Saturday, June 07, 2008
Alhamdulillah.. menjadik jugak
lepak-lepak kitorang kat sungai congkak… Walaupun.. as usual.. korang memang
akan lambat dari masa yang ditetapka.. tapi tetap ROCKS beb.. hehehheeh..
memang seronok… seronok gile….
Aku sampai sana pukul 9.00 am.. and memang aku la yang
paling awal..obviously.. even aizat pun tak der kat situ…
Taerima kasih bebanyak kepada tuan
tanah atas peluang and kesempatan yang dizinkan untuk kitorang melepak kat sana.. Mak Aizat memang
sempoi and sporting.. suka and seronok kitorang.. rasa macam kat tempat sendiri
je.. kalo takder umah aizat tu, susah jugak nak urus and handlekan majlis tu…
thanks makcik.. untuk The O suam and nasik
goreng jugak air batu… tima kacih bebanyak…
Lebih kurang pukul 10 am.. baru la
muka2 dorang ni sampai.. sabor la aku.. ikut hati nak je marah.. hehehehee..
gmoxxs marah?? Cam musykil je.. hehehehe
Dorang timing, baik je.. yer laa..
lepas first trip masak BBQ dorang sampai.. terus je makan.. sabor je la aku…
Tapi.. kalo korang tak makan..saper lagi nak mentekedarah?? Walaupun..keadaan
agak genting sebab semalam baru kuar result.. tapi kami buat cam tak tau je..
malas nak piker tu sume… kalo piker takkan habis punyer…
Lepas makan First trip… terus turun
sungai mandi.. terus hilang macho member2 aku nieh.. cis.. jumpa air sungai..
terus jadik budak2 balik.. ish..ish..
Orang yang paling lambat sampai
adalah pengantin baru kita.. sapa lagi PN NORA laaaa…. Ish..tak pe. Kami paham
status anda sekarang.. mesti ada banyak nak kena settlekan.. iyolah.. nak
uruskan rumahtangga lagi.. dah nama pun Fulltime housewife kan.. jangan ko jadik desperate housewife
sudahlaaa.. lepas ni.. boleh la ko score lebih…. Iyolah.. dah nama pun lebih
masa untuk study..
Pukul 1 tetiba je hujan.. tapi sek
baik tak lama mana.. tapi aku dah kena gerak.. sebab ada satu lagi event nak kena
attend…
Anyway..
Thanks guy for your commitment.. and
thanks for the good response and nice food…
+ bani – Kek Coklat & telur
dadar
+ Zehan & anak buah –
sandwich telur
+ khai – air kotak and
mineral water
+ hafiz and girlfren –
jajan and buah rambutan
+ miza – mashed potato
(sedap.. walopun aku tau bibik ko yang buat)
+ Fahrin – sandwish sardine
(sedap betul ROTI and SARDIN yang ko beli tu)
+ Din & wife and haziq –
Meehon and roti
+ Nora
Next time kite buat lagi.. tapi aku
tanak la jadik organizer lagi.. letih woooo..
Soon.. kita buat one night stay
pulak laaa… hopefully this friendship will never end even ada yang tak sama
kelas sem depan.. huaaaa…
Gambar.. nanti aku upload la ek..
banyak sangat.. tak tau nak pilih…. Pelan-pelan ek… aku bagik warm up je dulu…

Posted at 08:34 am by gmoxxs
Permalink
|
|
|