gmoxxs

Name : zam@gmoXxs
email:gmoxxs@yahoo.com
phone: +60122618947
Company: creative nature resources
web: http://gcnature.fotopages.com http://gmoxxs.fotopages.com http://thebeauty.fotopages.com
Who am I?? I'm just a simple guy who had passion in photos and writing.. orang yang suka ngomel and cepat bosan dengan normal daily routine.. Luv to try and explore new things.. jangan setakat dok kat save zone only.. try to grab watever oppurtunity. Person that have a passion to upgrade my self...Apa yang aku pantangkan... hmmmm... obviously when people critics on me... backstabber... talk more than action and seangkatan dengannya...aku jugak tak suka org yang tak punctual and buat keja dengan tak bersungguh.. you must have passion on what you doing..
You all can email me at: gmoxxs@yahoo.com
gmoxxs@gmail.com
   

<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30






DSC_0715



[ m Y f O t O p A g E s ]



C R e a T i v E N a T u R e fp




Email me







my s p a c e



my F r i e n d s t e r

Click here to join civil_plk_07
Click to join civil_plk_07

2nd gathering a

D I S C L A I M E R: Bahan-bahan bacaan di dalam ini sekadar untuk renungan dan simpanan aku sendiri.. takder sapa pun yang dimaksudkan dengan penulisan dalam blog ini. Sekadar luahan dan catatan peribadi aku sahaja. Kepada mana-mana bacaan yang sama dan gambar yang tercatat atau terpamer kat sini, adalah kerana aku terlalu mengagumi gambar dan catatan dari anda semua. Semoga dengan itu dapat dijadikan bahan bacaan bersama kita.. Terima Kasih..


gmoXxs favourite media
RnB playlist




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, June 13, 2008
Mengingati NABI MUHAMMAD S.A.W. - RASUL ALLAH YG TERAKHIR!

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi
yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh
Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas
semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan
asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas
sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg
mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbe lah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut
menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua
bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga
besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak
kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran
coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan orang
ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a..w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik
contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...untuk
mengingatkan kita...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani
ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya
baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu,
Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagi an demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah
yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata
Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut
datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak
ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang
sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih
Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di
hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu
ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril
lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawa
tir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada
di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail
melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan
Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk
semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku,
hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat
pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah
direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah
mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat
nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan
pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah
tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat
aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di
antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat
saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali
kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai
kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad
wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..
amalkan memberi salam dan selawat ke atas junjungan kita.. Cintailah
Rasullullah saw '

Untuk peringatan:-

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran
untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya
mencintai kita.
Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang
menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah, karena
tiada lagi yang
mengasihani mu di akhirat kelak. .

Posted at 12:00 am by gmoxxs
Make a comment  

Thursday, June 12, 2008
secebis dari langkawi

Tak sabar sebenarnya nak share gambar yang kitorang amek sepanjang kat Langkawi.. hehehehee.. sakan betol.. more than 600 pcs gambar yang kitorang snap kat sana..

Sekarang tengah pening pilih gambar to be printed.. macam nak print sume.. tapi.. tengok poket cam kempes je...



Anyway.. amek mood dulu dengan tengok gambar ni.. hehehehe.. satu keseronokan untuk kami berdua.. sayang Mummy..

Posted at 07:30 am by gmoxxs
Make a comment  

Berlibur kat Congkak


Bila aku bukak balik gambar time picnic ngan budak UiTM.. perghhhhh.. gila banyak..sangat2 banyak... ada more than 350pcs gambar to be choosed.. so sesape yang berhajat nakkan soft copy ni..korang pepaham la kan.. hahahahaha.. nak kena charge lebih sebab photographer pro yang amek gambar ni.. heheheheee...

Anyway... So.. aku ngan bermurah hati and berbangga mempresentkan gambar masa picnic 7hb June yang lepas.. ni pun..part of it.. aku upload dlm
my fotopages... so..korang gi la tengok kat sana... yang kat sini is the gambar yang banyak muka aku je laaaa...

Sek baik la baju kitorang tak se grand mana..kalo tak nasib la si Miza kena amek gambar kitorang banyak2... hehehehee... atas motor pun jadik..


Tengok la sume orang.. berlumba-lumba nak bercakap.. gamat keadaan.. ish..ish..




There are a surprise for NORA.. yer laaa....kan kami tak gi kenduri umah dia.. sian NORA..tapi... thanks untuk penaja kek ni..(even dia tak ngaku buat sendiri) aku tetap kata kek ni homemade..and memang sedap gila.. nak tempah boleh????



Ya Allah.. cepat nyer.. dah kuar sorang pun.. bani & zehan jr ke??? sangat bahagia... kami doakan ada la wakil kelas ni ke jenjang pelamin.. AMIN...



NORA malu-malu plak... amboi.. tau la dah ada orang suapkan kat umah...



Tengok kitorang.. tak malu pun.. bab makan ni..kami selam je...






Kepada sesapa yang tak gi tu... korang bayangkan la sendiri betapa bergumbira nyer kitorang kat sana.. memang seronok.. so kepada next organizer.. BANI/FARIN/KHAI/HAFIZ or sesaper je laa... aku harapkan yang terbaek dari korang



Last but not least.. aku ucapkan kegembiraan bersama kepada sesapa yang sudi bersama-sama aku untuk repeat static.. bangga kau punya member macam korang.. tetiba terharu.. heheheheheee.. enjoice....

Posted at 06:05 am by gmoxxs
Make a comment  

Wednesday, June 11, 2008
Kenali diri mengikut jenis darah

Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas
jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu
memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.
Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-
kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan!
berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara
sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang
agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan
sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar
tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih
selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah
individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa
jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu
lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah
individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk
meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok
golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun
ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta
bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan
sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus
ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara
bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan
biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


Posted at 05:19 am by gmoxxs
Make a comment  

Tuesday, June 10, 2008
Haziq


Haziq.. ni la anak En Din kita.. ketua kelas kat UiTM tu laaa...


Wat a kids.. kecik2 dah tak berapa sihat... pray the best for you haziq... Bak abg Pecet sket pipi kamuk tu.. (abg ke??? statement tak hengat)

Posted at 10:52 am by gmoxxs
Make a comment  

Monday, June 09, 2008
My Collection


Dah lama jugak gamabar ni PC aku.. sehari-sehari aku nak upload.. tapi cam tak sempat je… so.. sempena aku tak sempat nak mengupdate blog ni for this few days (almaklumlah.. honeymoon lagi) aku display la gambar ni untuk korang.. mana tau korang rindu kat aku.. hehehhehehe.. sempat aje.. lahanet betol…


 

For those yang tak tahu... tempat makan yang aku display tu. is Kemaman Kopitiam.. one of the top kopitiam kat Kuantan.. memang sedap.. and selalu jadik transit place for selebriti/those who goin to kuantan.. even Dato' Siti and Datuk seri K pun datang.. tengku mahkota pun lepak situ... korang gi la singgah kat cawangan2 dorang..kat IOI Mall puchong pun ada.. korang jangan lupa oder Mee Kari dorang.. memang sLrpppp..




Aku shoot gambar kat umah kayu tu.. kat Bukit Kuin .. yang jadik tukang amek gambar bidan terjun.. tak lain dan tak bukan.. ALONG laaa..

 

Walopun tak superb mana.. boleh di bagik credit laaaaa…. Hehehhehee…








Learn to appreciate what you have is better to search domething that you're not sure what will happen.. luv and trust yourself... they keys to thru success


Posted at 08:51 am by gmoxxs
Make a comment  

Sunday, June 08, 2008
Rehat jap...


Posted at 12:00 am by gmoxxs
Make a comment  

Saturday, June 07, 2008
Picnic kat Congkak

Alhamdulillah.. menjadik jugak lepak-lepak kitorang kat sungai congkak… Walaupun.. as usual.. korang memang akan lambat dari masa yang ditetapka.. tapi tetap ROCKS beb.. hehehheeh.. memang seronok… seronok gile….

 

Aku sampai sana pukul 9.00 am.. and memang aku la yang paling awal..obviously.. even aizat pun tak der kat situ…

 

Taerima kasih bebanyak kepada tuan tanah atas peluang and kesempatan yang dizinkan untuk kitorang melepak kat sana.. Mak Aizat memang sempoi and sporting.. suka and seronok kitorang.. rasa macam kat tempat sendiri je.. kalo takder umah aizat tu, susah jugak nak urus and handlekan majlis tu… thanks makcik.. untuk The O suam and nasik goreng jugak air batu… tima kacih bebanyak…

 

Lebih kurang pukul 10 am.. baru la muka2 dorang ni sampai.. sabor la aku.. ikut hati nak je marah.. hehehehee.. gmoxxs marah?? Cam musykil je.. hehehehe

 

Dorang timing, baik je.. yer laa.. lepas first trip masak BBQ dorang sampai.. terus je makan.. sabor je la aku… Tapi.. kalo korang tak makan..saper lagi nak mentekedarah?? Walaupun..keadaan agak genting sebab semalam baru kuar result.. tapi kami buat cam tak tau je.. malas nak piker tu sume… kalo piker takkan habis punyer…

 

Lepas makan First trip… terus turun sungai mandi.. terus hilang macho member2 aku nieh.. cis.. jumpa air sungai.. terus jadik budak2 balik.. ish..ish..

 

Orang yang paling lambat sampai adalah pengantin baru kita.. sapa lagi PN NORA laaaa…. Ish..tak pe. Kami paham status anda sekarang.. mesti ada banyak nak kena settlekan.. iyolah.. nak uruskan rumahtangga lagi.. dah nama pun Fulltime housewife kan.. jangan ko jadik desperate housewife sudahlaaa.. lepas ni.. boleh la ko score lebih…. Iyolah.. dah nama pun lebih masa untuk study..

 

Pukul 1 tetiba je hujan.. tapi sek baik tak lama mana.. tapi aku dah kena gerak.. sebab ada satu lagi event nak kena attend…

 

Anyway..

 

Thanks guy for your commitment.. and thanks for the good response and nice food…

 

+ bani – Kek Coklat & telur dadar

+ Zehan & anak buah – sandwich telur

+ khai – air kotak and mineral water

+ hafiz and girlfren – jajan and buah rambutan

+ miza – mashed potato (sedap.. walopun aku tau bibik ko yang buat)

+ Fahrin – sandwish sardine (sedap betul ROTI and SARDIN yang ko beli tu)

+ Din & wife and haziq – Meehon and roti

+ Nora

 

Next time kite buat lagi.. tapi aku tanak la jadik organizer lagi.. letih woooo..

 

Soon.. kita buat one night stay pulak laaa… hopefully this friendship will never end even ada yang tak sama kelas sem depan.. huaaaa…

 

Gambar.. nanti aku upload la ek.. banyak sangat.. tak tau nak pilih…. Pelan-pelan ek… aku bagik warm up je dulu…

 

 

 


Posted at 08:34 am by gmoxxs
Make a comment  

Amek Mood...

Bagaimana keadaan korang lepas kenaikan harga minyak semalam..??? Memang mengejutkan kan.. sampai RM 0.78 sekali gus.. mau tak terkojuit.. Tapi memang dah jangka kan... Tapi serious.. time Pak Lah umum tu... mesti ramai gila kalo boleh nak lompat depan dia and acukan pistol.. serious.. tapi.. apa sebenarnya motif dia buat macam tu.. then dengan bangganya mengumumkan pengembalian subsidi RM 6xx... Motif???? Baik dia reducekan terus.. tak gitu.. sengal je kan...

But anyway.. wat ever it is.. life must go on right...

Since kitorang nak gi honeymoon ni... apa yang kami buat?? Hmm.. see...


Kami telah mengHeenakan tangan kami.. konon-konon macam pengantin baru laaa... pedulik hapa kan...



Ya Allah.. bulatnya muka bini aku ni.. takpe.. bulat-bulat pun sayang jugak.. hehehehe...

Kitorang buat heena ni kat TESCO shah Alam..



Sambil2 buat tu.. nak kena carik barang-barang untuk BBQ for this Saturday ni..



Kalau dah jarik yang panjang dan kurus ni.. obviously.. Mummy punya jari la kan..



Haaa... surprise kan.. tangan yang sehat ni..



Bukan setakat Mummy je.. aku pun sekali.. macam jarik OMAR SHARIF time wedding Ning dulu.. Simple makcik ni buat.. Baru matching ngan Mummy..





Ada orang cakap.. if kita gi Honeymoon ngan Inai masih di jarik.. akan ada special treatment utk kita.. hmm.. we wait and see.. kalo kaedah ni berjaya.. aku war-warkan nanti.. hmmm.. can't wait to go and have a break..

Posted at 12:43 am by gmoxxs
Make a comment  

Friday, June 06, 2008
bila tak leh tido...


Now is 4.50 am..7th June 2008

Hari ni.. program yang aku arrange kat Sungai Congkak will be on...

Cuak jugak.. sebab ni program first aku arrange untuk batch aku kat UiTM.. hope everything goes well..

Letih jugak aku memerap ayam semalam... huhuhu..

Semalam... ada few berita buruk aku terima..

+ Adik aku yang askar tu buat hal
+ Mak Apak sakit kepala semula.. sebab peel tu...
+ Nyah nangis dalam phone
+ Kak Cik hangin kat Adik aku..
+ Ira terkontang kanting..

Tu adalah wrap up atas satu case je.. tapi akan melibatkan semua orang.. sakit hati aku.. Jan ni.. kalo buat something tak pernah nak fikir consequence atau effects pada orang lain.. sakit jiwa camni..

Beside that.. aku jugak dah dapat result utk sem lepas...Hmmm... wat can I say.. sem ni aku pasrah.. aku FAIL satu paper.. Static and Dynamic...sangat frust.. aku kena repeat la paper tu... huhuhuu.. tak pasal2 bertambah paper aku... camni.. bila nak habis..



Aku tak malu nak display result aku.. at least aku tak mau malu ngan korang semua lagi..at least menguatkan aku.. tu yang penting.. kenapa aku taknak re-check?? sebab aku tahu tahap kemampuan aku sem lepas.. aku takkan menagih untuk lulus.. i do it my own..

But before nak repeat..kena tahu dulu kat mana kelemahan nya.. and apa punca thats happen.. and aku dah detect few problem why its happen.. so..kena take serious action la camni... hmmm.. wish me the best for next sem.. tahniah la Bani and Khai my pren sebab lulus paper tu.. biar pointer tak tinggi mana..janji.. paper clear.. tak gitu.. Tapi pointer aku jatuh.. Sem lepas 3.42.. sem ni.. 2.5 only ang my CGPA is only 2.96... huhuhuuu..parak woooooooooooiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!! Kepada kawan-kawan yang seangkatan ngan aku.. jom kita repeat static.. heheheee.. cam bangga plak..(sebenarnya mengubat keduakaan hati)

Disebabkan beberapa problem tu.. aku kena Demam Terkejut malam tadi.. aku menggeletar satu badan... tak tahu laa.. Mummy said maybe de-hydrate... Memang cuak laaa... yer laaa.. buatnya tak kebah... tak pasal2 aku tak gi congkak hari ni... huhuhuu.. Tapi.. aku tau aku kuat (puji diri sendiri..hehehe) as long as aku can face it.. I will.. selagi aku tak terduduk dek masalh and tekanan tu.. selagi tu.. aku teruskan jugak.. sebab takder saper yang akan tolong kita.. melainkan diri kita sendiri.. and for yang dah kawen.. appreciate orang disebalah anda.. sebab di saat camni.. hanya dia sahaja yang akan terus berada di samping korang... I love you mummy....

Posted at 01:50 pm by gmoxxs
Make a comment  

Next Page