gmoxxs

Name : zam@gmoXxs
email:gmoxxs@yahoo.com
phone: +60122618947
Company: creative nature resources
web: http://gcnature.fotopages.com http://gmoxxs.fotopages.com http://thebeauty.fotopages.com
Who am I?? I'm just a simple guy who had passion in photos and writing.. orang yang suka ngomel and cepat bosan dengan normal daily routine.. Luv to try and explore new things.. jangan setakat dok kat save zone only.. try to grab watever oppurtunity. Person that have a passion to upgrade my self...Apa yang aku pantangkan... hmmmm... obviously when people critics on me... backstabber... talk more than action and seangkatan dengannya...aku jugak tak suka org yang tak punctual and buat keja dengan tak bersungguh.. you must have passion on what you doing..
You all can email me at: gmoxxs@yahoo.com
gmoxxs@gmail.com
   

<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31






DSC_0715



[ m Y f O t O p A g E s ]



C R e a T i v E N a T u R e fp




Email me







my s p a c e



my F r i e n d s t e r

Click here to join civil_plk_07
Click to join civil_plk_07

2nd gathering a

D I S C L A I M E R: Bahan-bahan bacaan di dalam ini sekadar untuk renungan dan simpanan aku sendiri.. takder sapa pun yang dimaksudkan dengan penulisan dalam blog ini. Sekadar luahan dan catatan peribadi aku sahaja. Kepada mana-mana bacaan yang sama dan gambar yang tercatat atau terpamer kat sini, adalah kerana aku terlalu mengagumi gambar dan catatan dari anda semua. Semoga dengan itu dapat dijadikan bahan bacaan bersama kita.. Terima Kasih..


gmoXxs favourite media
RnB playlist




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, July 11, 2008
Kalo terjadik pada aku..apa aku nak buat???

*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan
isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah."

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kena tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!
~~~~~
"Bang, bang... Abangggg... apasal niii....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda...........


Posted at 12:21 am by gmoxxs

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry